Pemilihan
seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon
pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang
benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه
وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.
Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”
Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:
.
1. Berkemampuan
Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :
“Wahai
permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia
bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat
memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah
berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”
Mampu
yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup
yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan
dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa
yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada
isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk
dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki
yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami
dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah
berlaku perceraian.
.
2. Tidak Dayus
Lelaki
yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti
ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan
kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan
menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah
bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah
kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
.
3. Baik
Pandai
menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan
diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak
isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului
perbuatan itu.
.
4. Tidak Membebankan
Berkebolehan
di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh
akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan
membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada
kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang
sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya
sakit atau kepenatan. Kelebihan ini juga bukan jalan kepada pihak isteri
untuk mengambil kesempatan dan mesambil lewakan layanannya kepada
suami.
.
5. Mempercayai Isteri
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’
iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri. Biasanya apabila suami
bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan
anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada
isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Si isteri pula janganlah memusnahkan amanah dan kepercayaan yang diberi.
.
6. Bertanggungjawab
Rajin,
berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini
adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta
tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’
di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa
dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya
dalam jalan mungkar, syahwat dan sia-sia pula.
Allah
سبحانه وتعالى sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan
menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha yang
semaksima mungkin.
Namun
begitu suami boleh menggunakan harta si isteri dengan kerelaannya bukan
berdasarkan niat mengambil kesempatan. Dan seperti yang kita ketahui
juga Khadhijah r.ha. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya
(Rasulullah ﷺ) dalam menegakkan agama suci, Islam.
Khadijah r.ha. diriwayatkan telah membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Wahai
Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak
maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan,
rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi
milikmu. Kamu bebas membelanjakannya ke jalan mana yang kamu redhoi !”
Dan sebagaimana Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾
“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan.”
(Surah Adh-Dhuhaa: Ayat 8)
.
7. Mudah Memaafkan
Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ﷺ ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
.
8. Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah
Datang
daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai
akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua,
berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan
seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada
kesengsaraan hidup.
.
Apa
yang lebih utama dari segala huraian di atas ialah Agamanya. Pilihlah
yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika
calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih
dari segi agamanya.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
…إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾
“Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujuraat 49: Ayat 13)
Syarat
bagi seorang lelaki untuk masuk syurga menjadi anak yang soleh kepada
ibu bapanya manakala syarat bagi wanita pula menjadi isteri yang solehah
kepada suaminya yang akan membawanya ke syurga kelak. Inilah ciri
terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan
pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak mengikut lunas-lunas syarak.
No comments:
Post a Comment