Kesan Makan Maggi Pada Kesihatan - Maggi Sangat
Beracun Lebih Dari Syabu | Mee segera merupakan mee separa masak yang
dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau
direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di
kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan
dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang
sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.
Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG
yang tinggi dan garam yang tinggi.
Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif
kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang
mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan
warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah
mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers
yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau
cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan
pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya
sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera
anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa
selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu
mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami
masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali
seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga
boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi,
anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan
makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia
dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO.
Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24
daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah.
Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi
kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di
samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga
mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses
pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan
Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g
daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50%
daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian
lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan
palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh
manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda
mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1)
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid
Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin.
Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3)
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4)
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk
butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT:
Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6)
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan
kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang
pengeluaran sperma.
7)
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam
bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas,
penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8)
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan
untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi
dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh
membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9)
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan
rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10)
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada
hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada
gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab
kanser.
Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang
tidak sihat.
Anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?



No comments:
Post a Comment